Thursday 23 June 2011

kelebihan solat awal waktu..

..saje nak share sumtink tok entry kali ni..

..sebenarnya setiap peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam..
..sebab tu setiap setiap waktu solat ada keistimewaannya..

..SUBUH..

waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
jadi waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan REZEKI dan KOMUNIKASI
so..
sesiapa yg selalu tertinggal atau terlewat subuhnya secara berulang-ulang kali,
 lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
sebab tulah orang cakap 
" jgn tidow lepas SUBUH nanti rezeki x masuk "

..ZOHOR..
warna alam time ni hijau kekuning-kuningan.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan
 dengan sistem penghadaman badan.
org juga slalu ckap warna kuning melambgkan KECERIAAN..
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya..

..ASAR..

..masa ni, warna alam berubah kpd oren..
spektrum warna masa ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem REPRODUKTIF..
..oren juga melambangkan KREATIVITI..
bg org-org yg tertinggal atau terlewat asarnya,
dia akan hilang daya kreativitinya dan mengurangkan tenaga yang amat 
diperlukan oleh sistem reproduktif ..

..MAGHRIB..

menjelang maghrib, alam berubah ke warna merah..
org tua2 selalu berpesan jgn bermain di luar rumah waktu maghrib ni..
sebabnya..
 spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga..
..syaitan ngan iblis banyak time ni kat luar umah..
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah KEYAKINAN
 frekuensi otot, saraf dan tulang.

..ISYAK..
bila masuk waktu Isyak, 
alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki 
fasa kegelapan..
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia KETENTERAMAN dan KEDAMAIAN  di mana
 frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam KEGELISAHAN.
Dalam fasa Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. 
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan 
sistem tubuh berada dalam kerehatan.

..WAKTU TENGAH MALAM..

Selepas waktu tengah malam,
alam mula bersinar kembali dengan warna putih, 
merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan 
frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. 
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil QIAMMULAIL..


p/s: entry kali ni.aku edit dr satu artikel ni..
       saje r nak share ngn kowg..
       untuk ingatkan diri sendiri gak..
       renung-renungkanlah~_~

No comments:

Post a Comment